TARIKH : 7 JULAI 2012 ( SABTU )
MASA : 9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT : UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
MAKLUMAT AM
Arahan:
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan sewajarnya agar anda dapat memulakan pengajian di Politeknik dengan jayanya.
1. PERSEDIAAN MELAPOR DIRI
Sila bawa kad pengenalan, kad matrik, slip keputusan peperiksaan Sesi Mei 2012 dan yuran pengajian yang telah dijelaskan menggunakan slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUAN BSN.
2. YURAN PENGAJIAN
Semua pelajar perlu menjelaskan yuran pengajian pada hari melapor diri seperti berikut:
Kursus
|
Amaun Yuran Lulusan
|
SPM
|
SIJIL POLITEKNIK /
SIJIL KOLEJ KOMUNITI
|
DEP
|
RM 1710.00
|
RM1555.00
|
DKA
|
RM1555.00
|
RM1610.00
|
DKM
|
RM1350.00
|
RM1350.00
|
DPM
|
RM1350.00
|
RM1065.00
|
(a) KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN
i. Sila ‘bank-in’ yuran pengajian di Bank Simpanan Nasional (No. Akaun – 1010029000331194) dengan menggunakan slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUAN dari BSN.
ii. Sila bawa slip ‘bank-in’ BSN pada hari pendaftaran.
iii. Sila catatkan nama, nombor matrik dan kursus anda di belakang slip ’bank-in’ asal dan sila buat satu salinan untuk simpanan anda.
(b) Pelajar TIDAK AKAN DIDAFTARKAN sekiranya yuran tidak dijelaskan semasa pendaftaran
(c) Semua pembayaran yang dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya;
i. Berhenti dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
ii. Bertukar dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
iii. Penangguhan pengajian yang dibuat selepas 4 minggu dari tarikh pendaftaran. (Yuran akan dibawa ke semester hadapan dan bukan berbentuk bayaran tunai jika penangguhan dibuat dalam tempoh 4 minggu dari tarikh daftar)
(d) Bayaran secara tunai tidak diterima.
(e) Pelajar yang mendaftar pada hari tersebut akan dilindungi oleh Skim Perlindungan Insuran Berkelompok Takaful Nasional.
(f) Sekiranya pelajar tidak melapor diri dan tidak menjelaskan yuran dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pendaftaran, pelajar tidak dibenarkan untuk mengikuti kuliah.
(g) Kemudahan tempat tinggal tidak disediakan. Walaubagaimanapun kemudahan penginapan boleh diperolehi dari PSA LODGE dengan kadar yang berpatutan.
(h) Setiap pelajar yang membawa kenderaan diwajibkan mempunyai pelekat kenderaan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan harga RM10.00 setiap satu.
(i) Pelajar yang datang melapor diri hendaklah:
i. Memakai kemeja, seluar slack dan berkasut bagi pelajar lelaki.
ii. Rambut mestilah kemas dan pendek bagi pelajar lelaki.
iii. Berpakaian sopan, tidak menjolok mata dan berkasut bagi pelajar
perempuan.
UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENASIHAT
AKADEMIK
SLIP PENDAFTARAN KURSUS BOLEH DIPRINT
DENGAN MEMBUKA LAMAN WEB BERIKUT :
http://polpsadev01/spm/staff
INI UNTUK DIBUKA OLEH PA SENDIRI
http://result.psa.edu.my/spm
INI UNTUK DIBUKA OLEH PELAJAR
DI INGATKAN SEKALI LAGI DAPATLAH PA
MEMBERI TAHU PELAJAR AGAR DAPAT PRINT
SLIP TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN
LASER PRINTER
SEKIAN TERIMA KASIH