Friday 29 June 2012




Tidak kenal erti susah, segalanya mampu jika kita mahu! Bila 

nampak gambar ini, rasa bersyukur sangat dengan rezeki 

kurniaan Allah kepada kita. Anak ini terpaksa menjaga 

adiknya kerana ibunya bekerja. Nasib baik cikgu sekolah 

benarkan. Sekurang-kurangnya anak-anak kita tak perlu 

hadapi semua ini. Itulah kita perlu sentiasa bersyukur. 

Rezeki itu bukan hanya wang, tapi kesihatan, kebahagiaan,

 ketenangan, kekuatan dan luas lagi maknanya. Oleh sebab 

itu kita tidak boleh alpa dengan kurniaan Allah. Perlu 

sentiasa berusaha keras untuk hidup didunia dan di akhirat. 

Perlu kejar kedua-duanya. Insya Allah.

Thursday 28 June 2012

Salam  buat semua.
     Sebulan saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam.Bulan yang penuh keberkatan bila kita melakukan ibadah dan kebaikan.Terdengar-dengar bacaan ayat suci Al -Quran di subuh hari . Tenang dan damai..terbaca satu jadual ibadah yang boleh kita amalkan  dibulan ramadhan dan semoga berlarutan sampai bila-bila yer..

Wednesday 27 June 2012

MAKLUMAT AM LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR KURSUS SECARA SAMBILAN SESI JUN 2012


TARIKH          :           7  JULAI 2012 ( SABTU )
MASA             :           9.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI
TEMPAT         :           UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
                                    Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

MAKLUMAT AM

Arahan:
Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan sewajarnya agar anda dapat memulakan pengajian di Politeknik dengan jayanya.

1.         PERSEDIAAN MELAPOR DIRI
Sila bawa kad pengenalan, kad matrik, slip keputusan peperiksaan Sesi Mei 2012 dan yuran pengajian yang telah dijelaskan menggunakan slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUAN BSN.

2.         YURAN PENGAJIAN
            Semua pelajar perlu menjelaskan yuran pengajian pada hari melapor diri seperti berikut:
Kursus
Amaun Yuran Lulusan
SPM
SIJIL POLITEKNIK /
SIJIL KOLEJ KOMUNITI
DEP
RM 1710.00
RM1555.00
DKA
RM1555.00
RM1610.00
DKM
RM1350.00
RM1350.00
DPM
RM1350.00
RM1065.00
   

(a) KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN

i.        Sila ‘bank-in’ yuran pengajian di Bank Simpanan Nasional (No. Akaun – 1010029000331194) dengan menggunakan slip DEPOSIT/BAYARAN/TUNTUAN dari BSN.

ii.      Sila bawa slip ‘bank-in’ BSN pada hari pendaftaran.


iii.    Sila catatkan nama, nombor matrik dan kursus anda di belakang slip ’bank-in’ asal dan sila buat satu salinan untuk simpanan anda.

            (b) Pelajar TIDAK AKAN DIDAFTARKAN sekiranya yuran tidak dijelaskan semasa pendaftaran

            (c) Semua pembayaran yang dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya;

i.        Berhenti dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

ii.      Bertukar dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

iii.    Penangguhan pengajian yang dibuat selepas 4 minggu dari tarikh pendaftaran. (Yuran akan dibawa  ke semester hadapan dan bukan berbentuk bayaran tunai jika penangguhan dibuat dalam tempoh 4 minggu dari tarikh daftar)

             (d) Bayaran secara tunai tidak diterima.

              (e)  Pelajar yang mendaftar pada hari tersebut akan dilindungi oleh Skim Perlindungan Insuran Berkelompok Takaful Nasional.

             (f) Sekiranya pelajar tidak melapor diri dan tidak menjelaskan yuran dalam tempoh 4 minggu dari tarikh pendaftaran, pelajar tidak dibenarkan untuk mengikuti kuliah.

(g)    Kemudahan tempat tinggal tidak disediakan. Walaubagaimanapun kemudahan penginapan boleh diperolehi dari PSA LODGE dengan kadar yang berpatutan.

(h)   Setiap pelajar yang membawa kenderaan diwajibkan mempunyai pelekat kenderaan Politeknik Sultan    Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan harga RM10.00 setiap satu.

(i)     Pelajar yang datang melapor diri hendaklah:

i.        Memakai kemeja, seluar slack dan berkasut bagi pelajar lelaki.

ii.      Rambut mestilah kemas dan pendek bagi pelajar lelaki.

iii.    Berpakaian sopan, tidak menjolok mata dan berkasut bagi pelajar 
       perempuan.

(m) Layari Laman Web : http://www.psa.edu.my untuk mengakses maklumat mengenai Kursus Secara Sambilan.


UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA PENASIHAT
 
AKADEMIK

SLIP PENDAFTARAN KURSUS BOLEH DIPRINT 
 
DENGAN MEMBUKA LAMAN WEB BERIKUT :

http://polpsadev01/spm/staff

INI UNTUK DIBUKA OLEH PA SENDIRI

http://result.psa.edu.my/spm

INI UNTUK DIBUKA OLEH PELAJAR

DI INGATKAN SEKALI LAGI DAPATLAH PA
 
 MEMBERI TAHU PELAJAR AGAR DAPAT PRINT
 
 SLIP TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN
 
 LASER PRINTER

 SEKIAN TERIMA KASIH